Monday, December 16, 2013

Sejarah 'kita' tidak penting...


Salam, semua pembaca, artikel ini ditulis menggunakan bahasa melayu, sesiapa yang tidak faham, sila belajar bahasa melayu, anda boleh belajar bahasa inggeris untuk memahami bahasa inggeris, belajar bahasa korea untuk tunjuk skil, belajar bahasa jepun untuk berlagak depan perempuan, jadi gunalah alasannya yang anda fikirkan sesuai untuk belajar bahasa melayu.

Cukup dengan pembuka kata yang mencabar ini. Mesti anda tertanya mengapa video ini di letak di sebelah atas, ianya kerana saya nak anda lihat dahulu videonya sebelum membaca artikel ini.

Video terbitan National Geographic - iwgt memaparkan kisah tentang muzium perang di Penang.
Di sana terdapat kisah hantu yang diceritakan oleh pekerja mereka (bukan org tempatan)
lalu VJ nya cuba mencari bukti disebalik cerita tersebut, walaupun dia mengatakan dia tidak mempercayai hantu namun beliau tetap mencari bukti tentang cerita tersebut. Seperti jack mencari kacang ajaib dalam masa sama jack sendiri tidak percaya terdapatnya kacang ajaib di dunia ini!

Kemudian, setelah beliau tidak berpuas hati dengan 'hiburan' yang terdapat di muzium perang tersebut, beliau seperti menyindir tentang 'keghairahan' masyarakat Malaysia yang seakan kolot dan mudah menyebarkan cerita karut walaupun beliau mendengar cerita dari seorang yang bukan warga Malaysia, yang secara kebetulan telah bekerja selama 11 tahun dan hanya terkena gangguan sekali sahaja (sangat bertuah!).

Sebelum itu, beliau juga berjumpa dengan seorang pekerja yang mahir berbahasa inggeris, (penulis juga beranggapan dia bukan warga tempatan).
Namun jika benar, dia sangat mahir berbahasa inggeris dan telah 'membocor'kan segala taktik muzium tersebut yang menghidupkan suasana seram seolah-olah ianya adalah tarikan utama walaupun ianya adalah muzium perang!

Kemudian, setelah VJ yang kelihatan seperti berketurunan Tiong Hua mengetahui tentang kisah Soong Hik, secara tiba-tiba ibarat hantu melintas, tajuk episod ini berubah kepada - Malaysia: Sook Hin Tragedy.
Dan penonton kemudian dibawa mengikuti VJ tersebut menjalankan penyiasatan terhadap kejadian tersebut (yang nampaknya begitu teruja). tentang bagaimana Jepun membunuh warga cina ketika pendudukan mereka di tanah melayu dan beralih kepada kenapa Jepun begitu membenci orang-orang cina. Dan rasanya ketika inilah tajuk episod ini sesuai ditukar kepada Malaysia: why the japanese hate the chinese?

Setelah mendapat banyak liputan sejarah yang tidak formal, kecuali seorang yang nampak seperti menghafal pelbagai tahun-tahun penting yang langsung tidak di ceritakan di dalam buku teks sejarah negara kita.
begitulah hebatnya penyiasatan mereka, sehingga peristiwa yang tidak melambangkan sejarah tentang Malaysia juga boleh dimasukkan ke dalam buku.

Namun, penulis tertarik bagaimana VJ menemuramah tiada seorang pun orang melayu kecuali seorang (selebriti) yang membawanya ke sebuah rumah hantu yang tidak juga diketahui puncanya apa kena mengena dengan tajuk muzium perang dan rumah berhantu?

Barangkali, ianya ingin menunjukkan bahawa orag melayu lebih supersitious manakala yang lain2 lebih intelektual. Ianya menimbulkan kekecewaan kepada penulis, bukankah sejarah pendudukan tentera Jepun meninggalkan kesan mendalam kepada semua rakyat TANAH MELAYU. Namun VJ rasanya membeli buku info tentang "How to know Malaysia in 1 Second" sehingga terlupa tentang kewujudan kaum lain yang sepatutnya lebih dapat memberi gambaran tepat tentang sejarah tanahair sendiri kerana tetuan rumah bukankah lebih tahu tentang rumahnya?

Tidak mengapalah, kerana penerbitannya juga untuk mengetahui tentang sejarah pembunuhan beramai-ramai.
Bukan tidak penting, tapi bermula daripada penyiasatan tentang sejarah dan mitos negara tapi berakhir dengan kepuasan VJ mencapai matlamat peribadinya, sudahlah begitu, negara juga sempat disindirnya. adakah rakyat kita terlibat? Obviously tidak, tapi orang lain.

kebetulan sebelum para pembaca tertanya tentang mengapa 'teruja'nya saya ingin mereview cerita ini, ialah apabila seorang ahli paranormal hebat yang lama bertapak di Malaysia ini memberitahu bahawa dia terlibat sebagai pakar rujuk untuk produksi ini. Ternyata penglibatannya tidak berhasil walaupun dia sendiri yang beriya-iya mengatakan bahawa Muzium ini berhantu! (mungkin ada masalah komunikasi)

Perlulah saya bertegas kerana ini negara saya, tempat saya bernaung, tempat tumpah darah dan jasa. Jika digelakkan negara mana lagi mahu dijunjung? barangkali sebuah jajahan di bulan? marikh?

Malaysia bukan dibina atas cakap kosong dan wang ringgit.