Sunday, December 26, 2010

MALAYSIA AFF SUZUKI CUP 2010 (3-0)

Askum,
Semalam aku pergi menyaksikan Perlawanan FINAL PIALA AFF SUZUKI antara MALAYSIA dan INDONESIA dengan berkesudahan Malaysia menang 3 - 0.
Aku jarang pergi stadium tgk bola, slalu tgk kat TV, tapi demi memberikan semangat kepada pasukan Malaysia, aku sangat berkobar2 utk pergi dan sama2 bersorak untuk Malaysia.

Dlm sekitar pukul 6 petang, aku gerak nek motor, smpi je kat simpang Bukit Jalil, aku terus follow barisan motor panjang yg masuk ke stadium bukit jalil, smbil jalan tu kitorg hon kt semua org, (hon sorak) sambil ramai yg menjerit Malaysia! satu fenomena yg jarang sekali ada kat negara kita.

pada engkorg yg duk oversea korg mmg rugi tak dpt join sekali, sapa yg tak datang juga rugi kerana bukan selalu kita pergi final dan bukan selalu dpt tgk bola kat stadium. tp demi membuktikan dan menyertai bersama-sama utk membangkit semangat dan tahap bola sepak, aku pergi.
Ramai yg bersuara sumbang di luar sana, dan ketika pemain2 muda pasukan negara dah membuktikan diorg lain dr yg sebelum ni, mana dia suara2 sumbang tu? jadi aku dtg kerana aku menyokong dan memberi kekuatan tambahan pada semangat dan peningkatan yg dorg dah tunjuk, dorg berusaha untuk naikkan pasukan kita, utk bawa pasukan kita mara ke kejohanan besar, jadi skg time to turn the table, so dorg berjaya gain trust supporters, so jgnlah 'sumbangkan' lagi.
mmg puas hati, dekat 60 000 ribu org datang support, mmg meriah dan best waktu nyanyi lagu negaraku beramai2 mmg gempak....
the surprise part, malaysia tiba2 main attacking and press, beza dgn game vietnam yg kita defend je. akhirnya kita berjaya buktikan kita bagus dan kita hebat, kita bedal indonesia 3 gol, dahlah cantik2 plak gol2 nya...
masa untuk kita kibarkan bendera dan tunjukkan our color...


proud to be malaysian

No comments:

Post a Comment