Sunday, December 26, 2010

MALAYSIA AFF SUZUKI CUP 2010 (3-0)

Askum,
Semalam aku pergi menyaksikan Perlawanan FINAL PIALA AFF SUZUKI antara MALAYSIA dan INDONESIA dengan berkesudahan Malaysia menang 3 - 0.
Aku jarang pergi stadium tgk bola, slalu tgk kat TV, tapi demi memberikan semangat kepada pasukan Malaysia, aku sangat berkobar2 utk pergi dan sama2 bersorak untuk Malaysia.

Dlm sekitar pukul 6 petang, aku gerak nek motor, smpi je kat simpang Bukit Jalil, aku terus follow barisan motor panjang yg masuk ke stadium bukit jalil, smbil jalan tu kitorg hon kt semua org, (hon sorak) sambil ramai yg menjerit Malaysia! satu fenomena yg jarang sekali ada kat negara kita.

pada engkorg yg duk oversea korg mmg rugi tak dpt join sekali, sapa yg tak datang juga rugi kerana bukan selalu kita pergi final dan bukan selalu dpt tgk bola kat stadium. tp demi membuktikan dan menyertai bersama-sama utk membangkit semangat dan tahap bola sepak, aku pergi.
Ramai yg bersuara sumbang di luar sana, dan ketika pemain2 muda pasukan negara dah membuktikan diorg lain dr yg sebelum ni, mana dia suara2 sumbang tu? jadi aku dtg kerana aku menyokong dan memberi kekuatan tambahan pada semangat dan peningkatan yg dorg dah tunjuk, dorg berusaha untuk naikkan pasukan kita, utk bawa pasukan kita mara ke kejohanan besar, jadi skg time to turn the table, so dorg berjaya gain trust supporters, so jgnlah 'sumbangkan' lagi.
mmg puas hati, dekat 60 000 ribu org datang support, mmg meriah dan best waktu nyanyi lagu negaraku beramai2 mmg gempak....
the surprise part, malaysia tiba2 main attacking and press, beza dgn game vietnam yg kita defend je. akhirnya kita berjaya buktikan kita bagus dan kita hebat, kita bedal indonesia 3 gol, dahlah cantik2 plak gol2 nya...
masa untuk kita kibarkan bendera dan tunjukkan our color...


proud to be malaysian

Monday, September 27, 2010

Kerja

salam...

dah seminggu aku mula kerja sebagai pen pegawai kat MATRADE ni.
Byk juga pengalaman yg aku dapat, kawan baru, tempat baru, suasana baru.
dulu tak pernah aku kerja ada meja sendiri, pc sendiri, phone sendiri, haha skrg dah macam dlm tv aku tgk keja opis la katakan...

ramai juga tak tahu MATRADE ni apa, tp lantaklah...
yg penting aku dah dapat kerja n jawatan nya pun boleh tahan not bad,
cuma salary nya masih lagi biasa..

klo dapat 5, 6 ribu bleh gak aku beli jazz, ni dpt gaji pun abis bayar hutang je..

so far semua kat sini ok dan masih terkawal dan aku pun di beri tanggungjawab yg besar dan nanti akan mengendalikan satu event besar utk MATRADE ni...

harapnya sumer berjalan lancar and
no turning back..!!!

Tuesday, September 7, 2010

HEY HEY HEY

Askum,

Aku tak tahu nak tulis per...
dah nak melingkup dah blog ni hahaa

well, klo nak citer kat sini pun belambak, tak habis2
baik takyah...

aku dah dapat kerja sebagai penolong pegawai kat MATRADE.
Setakat ni tulah jawatan aku plg tinggi and the best pencapaian aku dalam kerjaya, boleh dikatakan aku ni nomad worker pasal byk sgt bekerja kat tempat berlainan.

Dah nak raya ni semua pun sibuk beli macam2 tp aku tak pun,
mcm raya rahun sebelum2 ni, aku just besederhana dgn kewangan pun yg tak cukup,
jgn kata baju melayu, tp butang baju melayu pun aku tak dapat beli haha.

tp tu semua mengajar aku rasa besederhana, mula2 mmg sedih tp skg dah biasa.
and tiba2 rezeki Tuhan tu melimpah, alhamdulillah, tiba2 gaji cikgu aku dah masuk sebelum raya
so adalah juga aku pendapatan tapi aku tak beli pun baju melayu, aku guna wat bayar hutang and
beli persediaan aku untuk nak mula kerja baru nanti.

so far, thats all perkembangan aku, bukannya aku tinggal kat oversea nak tulis mcm2 yg kemudiannya pun aku juga yg baca hahaa


shamz johan

Tuesday, January 26, 2010

Highland Tower

Baru balik dari higland tower,

hmm kunjungan yg telah acap kali...
nothing yg berubah masih sama...
seolah2 baru semalam aku pergi

tapi kitorg touch n go je pergi..
7 snap gambar
1 yg berhasil...

takdelah nampak apa pun

cahaya putih
belakang pokok
makcik bertenggek

Monday, January 25, 2010

Surat Cinta yang Menjadi Kontroversi

Kepada Kekasih hatiku,

Yang aku rindu, yang aku cinta, yang aku sayang, iaitu engkaulah...

Tujuan aku menulis surat ini adalah...jap td igt skang dah lupa...tp takper nanti da igt bgtau k.
Syg dah makan? klo belum pergilah makan, saya dah makan dah tadi, jap lagi baru nak makan balik...
Di harap sayang berada dalam keadaan baik, klo sakit pergilah klinik, amik ubat nt bleh dpat MC skali, ada klinik kat hujung bandar boleh kasi MC, tp kena tanya doktor dululah...

Sy bukan nak citer pasal MC tp nak citer tentang kita..duit yg saya kumpul taktau dah cukup ke tak..nanti saya kira, tp nampak macam byk jer...klo nak bli cincin cukup kot.. tp rasanya cukup sebab dah byk dah kumpul.. duit syiling pun byk, tak campur dengan duit kertas lagi...nanti sy kira duit kertas juga...

klo cukup sy nak masuk meminang, tp bukan sayalah, mak dgn abah yg akan dtg untuk meminang, maybe dorg dtg malam, taktau lagi pukul berapa... tarikh pun blum tau nt sy dah bgtau mak dgn abah baru dorg pilih tarikh ok? dorg akan dtg bawa cincin yg kita beli nanti, tp kita tak tau nak beli cincin kat mana lagi? kedai kat pekan ada tak jual cincin syg? takpe nt sy pergi tgk, esok petang ke atau sabtu pagi, sy cari mana ada jual cincin, tp syg nak ikut ke? klo nak iktu sy bawa skali, sy dtg umah ak dulu, baru pergi beli cincin..

jap sy tutp kipas, sejuk la syg...malam ni hujan, semalam pun hujan, kat kg sebelah tu dah banjir dah, sy tgk dorg tak leh kuar umah, dorg skang ada yg berteduh kat dalam dewan, tulah tak bawa payung, saya ada payung sendiri nt saya belikan syg payung ok? klo banjir takdelah kita berteduh dalam dewan..

ok syg saya nak antar surat nie dah, jd takleh tulis lagi ok?
syg jgn risau nt surat ni bilah dah antar syg dapat baca ok?
nt sy antar cepat supaya syg dpt baca cepat2..
syg tunggu tau, saya akan selitkan surat ni kat tepi tingkap tempat biasa
nt dah selit sy ketuk tingkap bgtau ok? klo syg dah tido saya pergi ke dapur untuk bgtau pada mak syg ok...
nt jaga surat ni baik2 jgn tunjuk kat org malu lah nt...
ok jaga diri syg...

nt senang2 datanglah rumah...

yang benar-benar merindui mu,

mamat pakwe mu

Tajuk Pertama

ahahah aku men bantai je buka blog nie... takler susah sgt cam buka kedai...
tp demi memberi sokongan aku kepada maxx yg beriya-iya nau buka blog jadi aku turut serta

ok the next story akan di tulis nanti wat masa ni aku nak sesuaikan diri aku dgn blog ni..
goblog!!