Monday, December 16, 2013

Sejarah 'kita' tidak penting...


Salam, semua pembaca, artikel ini ditulis menggunakan bahasa melayu, sesiapa yang tidak faham, sila belajar bahasa melayu, anda boleh belajar bahasa inggeris untuk memahami bahasa inggeris, belajar bahasa korea untuk tunjuk skil, belajar bahasa jepun untuk berlagak depan perempuan, jadi gunalah alasannya yang anda fikirkan sesuai untuk belajar bahasa melayu.

Cukup dengan pembuka kata yang mencabar ini. Mesti anda tertanya mengapa video ini di letak di sebelah atas, ianya kerana saya nak anda lihat dahulu videonya sebelum membaca artikel ini.

Video terbitan National Geographic - iwgt memaparkan kisah tentang muzium perang di Penang.
Di sana terdapat kisah hantu yang diceritakan oleh pekerja mereka (bukan org tempatan)
lalu VJ nya cuba mencari bukti disebalik cerita tersebut, walaupun dia mengatakan dia tidak mempercayai hantu namun beliau tetap mencari bukti tentang cerita tersebut. Seperti jack mencari kacang ajaib dalam masa sama jack sendiri tidak percaya terdapatnya kacang ajaib di dunia ini!

Kemudian, setelah beliau tidak berpuas hati dengan 'hiburan' yang terdapat di muzium perang tersebut, beliau seperti menyindir tentang 'keghairahan' masyarakat Malaysia yang seakan kolot dan mudah menyebarkan cerita karut walaupun beliau mendengar cerita dari seorang yang bukan warga Malaysia, yang secara kebetulan telah bekerja selama 11 tahun dan hanya terkena gangguan sekali sahaja (sangat bertuah!).

Sebelum itu, beliau juga berjumpa dengan seorang pekerja yang mahir berbahasa inggeris, (penulis juga beranggapan dia bukan warga tempatan).
Namun jika benar, dia sangat mahir berbahasa inggeris dan telah 'membocor'kan segala taktik muzium tersebut yang menghidupkan suasana seram seolah-olah ianya adalah tarikan utama walaupun ianya adalah muzium perang!

Kemudian, setelah VJ yang kelihatan seperti berketurunan Tiong Hua mengetahui tentang kisah Soong Hik, secara tiba-tiba ibarat hantu melintas, tajuk episod ini berubah kepada - Malaysia: Sook Hin Tragedy.
Dan penonton kemudian dibawa mengikuti VJ tersebut menjalankan penyiasatan terhadap kejadian tersebut (yang nampaknya begitu teruja). tentang bagaimana Jepun membunuh warga cina ketika pendudukan mereka di tanah melayu dan beralih kepada kenapa Jepun begitu membenci orang-orang cina. Dan rasanya ketika inilah tajuk episod ini sesuai ditukar kepada Malaysia: why the japanese hate the chinese?

Setelah mendapat banyak liputan sejarah yang tidak formal, kecuali seorang yang nampak seperti menghafal pelbagai tahun-tahun penting yang langsung tidak di ceritakan di dalam buku teks sejarah negara kita.
begitulah hebatnya penyiasatan mereka, sehingga peristiwa yang tidak melambangkan sejarah tentang Malaysia juga boleh dimasukkan ke dalam buku.

Namun, penulis tertarik bagaimana VJ menemuramah tiada seorang pun orang melayu kecuali seorang (selebriti) yang membawanya ke sebuah rumah hantu yang tidak juga diketahui puncanya apa kena mengena dengan tajuk muzium perang dan rumah berhantu?

Barangkali, ianya ingin menunjukkan bahawa orag melayu lebih supersitious manakala yang lain2 lebih intelektual. Ianya menimbulkan kekecewaan kepada penulis, bukankah sejarah pendudukan tentera Jepun meninggalkan kesan mendalam kepada semua rakyat TANAH MELAYU. Namun VJ rasanya membeli buku info tentang "How to know Malaysia in 1 Second" sehingga terlupa tentang kewujudan kaum lain yang sepatutnya lebih dapat memberi gambaran tepat tentang sejarah tanahair sendiri kerana tetuan rumah bukankah lebih tahu tentang rumahnya?

Tidak mengapalah, kerana penerbitannya juga untuk mengetahui tentang sejarah pembunuhan beramai-ramai.
Bukan tidak penting, tapi bermula daripada penyiasatan tentang sejarah dan mitos negara tapi berakhir dengan kepuasan VJ mencapai matlamat peribadinya, sudahlah begitu, negara juga sempat disindirnya. adakah rakyat kita terlibat? Obviously tidak, tapi orang lain.

kebetulan sebelum para pembaca tertanya tentang mengapa 'teruja'nya saya ingin mereview cerita ini, ialah apabila seorang ahli paranormal hebat yang lama bertapak di Malaysia ini memberitahu bahawa dia terlibat sebagai pakar rujuk untuk produksi ini. Ternyata penglibatannya tidak berhasil walaupun dia sendiri yang beriya-iya mengatakan bahawa Muzium ini berhantu! (mungkin ada masalah komunikasi)

Perlulah saya bertegas kerana ini negara saya, tempat saya bernaung, tempat tumpah darah dan jasa. Jika digelakkan negara mana lagi mahu dijunjung? barangkali sebuah jajahan di bulan? marikh?

Malaysia bukan dibina atas cakap kosong dan wang ringgit.


Thursday, January 20, 2011

90 HARI - Epd 1

Siri Mini yang disiarkan di blog ini. Ikuti kisahnya, 

Episod 1


Hari pertama
“Pendaftaran pelajar baru”
“Oh, dekat sini rupanya, puas aku mencari” rungut Sal.
Sal lalu menonong pergi ke barisan pelajar baru yang sedang mendaftar. Sal merupakan pelajar  baru semester ini, Sal anak jati Pulau Pinang, baru sahaja sampai ke kota Kuala Lumpur semalam. Sal menumpang di rumah kakak saudaranya, Rini. Hari ini adalah hari pertama Sal di Kolej Sri Nilam.
“Selamat Datang Pelajar Baru ke Kolej Sri Nilam”
Ayat pada papan tanda besar di hadapan pintu kolej, Zack membacanya ketika melepasi pintu utama. Zack merupakan pelajar tahun akhir, hanya tinggal satu lagi semester sebelum dia menamatkan pengajiannya di kolej itu.
Sewaktu Zack melewati barisan pelajar baru yang sedang mendaftar itu, Zack terlihat seorang gadis yang kelihatan gopoh menarik beg bajunya yang kelihatan sarat. Ada 3 beg kesemuanya, Zack tanpa fikir apa-apa, terus sahaja membantu mengangkat sebuah beg kecil yang terjatuh dari tangan gadis itu. Dengan niat mahu membantu, Zack menghulurkan beg itu kepada gadis tadi.
“Ini begnya cik..”
“Terima kasih! ...tolong jangan buat baik, saya tahu niat awk, ok!” tiba-tiba Sal memarahi Zack.
“Jangan ingat saya tak tahu niat awk, saya bukan perempuan yang senang dipikat, okey!” tambah Sal lagi.
“Tapi saya cuma...” “Apa tapi-tapi??!...awk tak faham ke? Saya tak suka...!” marah Sal lagi sambil menjengil biji matanya kepada Zack.
Muka Zack merah padam, tak tahu mana nak diletakkan mukanya itu kerana semua orang sedang memandang ke arahnya. Zack terpinga-pinga kerana tidak tahu mengapa Sal memarahinya sedemikian, sedangkan niatnya adalah mahu menolong.
“Boleh awk pergi dari sini?!” bentak Sal yang kelihatan puas dapat mempertahankan dirinya.
Zack berlalu dengan perasaan keliru, dia tak faham mengapa Sal naik darah sedangkan dia tidak berniat apa-apa pun pada Sal.
Sal memang merupakan gadis yang tegas, dia takkan memberi peluang pada lelaki untuk memikatnya. Lagi-lagi bila teringatkan pesan ibunya di kampung, "Baik-baik Sal, jangan bergaul tak tentu hala" nasihat ibunya pada Sal sewaktu di stesen bas.
~~~~~~
Sal menolak rambut depannya sambil menarik beg baju dia kembali ke barisan untuk mendaftar.
“Wah hebat awk tadi...emm jarang saya dapat tengok aksi macam itu” tegur Fara kepada Sal.
“emm saya Fara...awak?”
“Saya Sal... selamat berkenalan” senyum Sal pada Fara.
“Kita tak boleh bagi muka pada lelaki kerana mereka ini sentiasa mahu mengambil kesempatan pada wanita, lagi-lagi kita pelajar baru, mulalah lelaki-lelaki senior ni nak mengambil peluang” Tambah Sal.
"Betul juga, di Kl ni, memang banyak lelaki miang" tambah Fara.
Setelah itu mereka terus mendaftar sebagai pelajar baru di Kolej itu. Setiap pelajar baru di berikan Kit Pendaftaran, Kad Pelajar, Pelan bangunan dan juga bermacam-macam borang pendaftaran yang perlu dihantar pada pihak pentadbiran nanti.
~~~~~~~~~~~
Selesai mendaftar, Sal dan Fara berjalan ke arah hostel yang diberikan untuk pelajar baru.
“Untung kita dapat sebilik, takdelah saya bosan nanti” kata Fara kepada Sal.
“oh, betul juga, hmm awak asal dari mana?” Tanya Sal.
“Saya memang orang KL, saya di besarkan di sini dari kecil, tapi mak saya suruh saya tinggal di hostel sebab mak mahu saya belajar berdikari” jelas Fara.
“oh, begitu ke? Hmm baguslah” balas Sal.
 Sampai di bilik mereka...
“BILIK 101”
“ini pun bilik kita, nasib baik ditingkat bawah, kalau tidak terpaksalah kita mengangkut beg-beg ini ke atas” kata Fara.
Bilik mereka terletak di blok B, Blok dua tingkat itu hanya ada lapan bilik sahaja, empat di bawah, empat di atas. Hostel di kolej Sri Nilam hanya diberikan kepada pelajar semester satu dan dua sahaja.
“Wah letihnya, hmm bagus juga bilik ini, ada katil, meja tulis, almari dan juga tandas sendiri” Kata fara.
“Tak payahlah kita nak beratur pagi-pagi untuk mandi macam di asrama haha” gelak Sal.
“Malam ini kita ada Majlis makan malam bersama MPP kan?” Tanya Fara kepada Sal yang sedang mengemas baju-bajunya.
“MPP tu apa?”Tanya Sal pula.
“Majlis Perwakilan Pelajar, mereka itu yang akan membantu kita untuk menyesuaikan diri di kolej ini, kita juga aka nada induksi sehari bersama mereka nanti.” Terang Fara.
“oh, ok” jawab Sal.
"baiklah nanti kita kena cari dimana dewan utama, kerana Majlis di adakan di situ" Terang Fara.
Mereka berdua lantas mengemas pakaian mereka, agak berhabuk sedikit kerana hampir sebulan kosong kerana cuti semester.
~~~~~~
Malam itu di dewan Utama Kolej Sri Nilam.
“Selamat datang kepada pelajar baru, saya Amir, Pengerusi MPP mengalu-alukan kedatangan kamu semua. Malam ini kita mengadakan majlis makan malam dengan bertujuan untuk mengeratkan sillaturrahim di antara pelajar senior dan juga pelajar baru” Ucap Amir.
“hmm ramai juga pelajar baru mendaftar kat Kolej ni kan?” Tanya Sal kepada Farah.
“ramai? Baru 80 orang je la,” Jawab Fara.
“80 orang? Kenapa sikit sangat?” Tanya Sal lagi.
“80 orang, iaitu 40 di kelas 1PS dan 40 lagi di kelas 1PP, kita berdua di kelas 1 PS..” Terang fara.
“1PS tu apa?”Tanya Sal.
“PS tu ialah kelas Penulisan Seni, PP tu pula, Pengurusan Produksi” jawab fara.
“oohh, emm, macamana awk tau sy amik jurusan Penulisan Seni?” soal Sal
“tadi sy terbaca kad pelajar awk..hehe” jawab fara.
Perbualan mereka terhenti kerana Sal terpandang seseorang yang naik ke pentas utama.
“eh siapa dia ini? Dia nak buat apa tu?” Tanya Sal.
“ini persembahan pembukaanlah, itulah korg asyik berborak je dari tadi” tegur Shen yang duduk bersebelahan Sal.
“Persembahan? Hmm nanti sekejap...’mamat’ ni ke yang akan buat persembahan?” Tanya Sal.
“ye cik Salmiah, takkan dia nak baiki pentas tu pula..”Sindir Shen.
“Tapi inikan budak yang...siang tadi tu..?” kata sal sambil memandang Fara.
“ye betul, saya pun ‘cam’ juga, dialah mamat yang kena marah dengan awak siang tadi” balas fara.
Zack memegang gitarnya, dia meletakkan badan gitar pada pehanya dan mula melaraskan mikrofon. Setelah itu dia menepuk mikrofon itu untuk memastikan ianya sudah berfungsi. Sambil Zack memandang ke tepi pentas untuk menunggu isyarat dari Din, kawan baiknya yang ditugaskan menjaga sistem audio malam itu. Zack terpandang seorang wanita yang sedang tunduk dan cuba berlindung di sebalik rakannya.
“emm emm...testing” kata Zack sebelum mula untuk memetik gitarnya. Semua mata tertumpu padanya yang sedang berada di atas pentas.
“relaks Zack, kau dah berlatih dari semalam, relaks” bisik hati Zack cuba untuk mengurangkan gemuruh. Sememangnya Zack mempunyai darah gemuruh tapi dia cuba juga untuk kelihatan tenang di sebalik beribu getaran gementar di dalam hatinya ketika itu.
“selamat datang kepada semua pelajar baru, saya ucapkan...saya akan mempersembahkan sebuah lagu yang ditulis oleh saya sendiri dan ingin saya katakan di sini, sebelum kita mengenali seseorang itu, nilailah dulu hati budinya kerana ianya akan membuat perkenalan itu menjadi lebih bermakna” ucap Zack. Puas hatinya kerana kata-kata itu bukan sahaja di tujukan pada audiens tetapi pada Sal kerana salah faham Sal siang tadi.
Sal mencebik mulutnya tanda protes dan tidak bersetuju dengan kata-kata Zack tadi kerana dia tahu Zack menujukan kata-kata itu kepada siapa, mahu sahaja rasanya dia keluar dari dewan itu sekarang, seolah-olah menyampah melihat muka Zack.
Kemudian, Zack memulakan persembahannya, sambil gitar dipetik, jari-jemarinya menekan tali gitar satu persatu sambil irama syahdu mula kedengaran, sambil menghela nafas, Zack memandang Sal dari jauh dicelah kemalapan lampu dewan, ketika itu, Dia mula menyanyi...
“Kau,....
Senyumlah padaku,
Jangan pernah berhenti....
Biar aku tinggal... sebentar...
Dalam hatimu....”
“dan
Hanyalah dirimu...
Yang Selalu ada...
siang dan malamku....sentiasa
dalam hatiku”

“matamu adalah bulan,
Senyummu adalah bintang,
Tanpa keduanya,
Pasti tak berseri,
malamku...”

Selesai sahaja persembahan Zack, semua pelajar memberi tepukan gemuruh, bagi pelajar lama, mereka memang tahu Zack mmg seorang penggubah lagu.
“hei, Sal , tepuklah... sedapkan lagu tu..!” Jerit fara yang teruja dengan persembahan Zack tadi.
“hmm ok, biasa je, takdelah sedap sgt... jiwangnya” Sal merengus.
Setelah selesai Majlis makan malam, Sal dan Fara berjalan balik ke bilik sambil itu mereka berbual-bual kosong.
“Sal, apa pendapat kau tentang lagu Zack tadi tu?” soal fara.
“emm? Biasa je, aku tak dengar sangatlah” jawab Sal dingin.
“aku suka liriknya, walaupun baru sekali dengar tapi aku macam dah boleh ingat lagu itu” kata Fara sambil tersenyum lebar.
Tiba-tiba Fara berlari ke kawasan lapang dilaman blok mereka.
“Sal..!! tengok ni!” Jerit Fara.
“apa?!” balas Sal dari jauh sambil memandang Fara yang berlari-lari anak di kawasan lapang itu.
“Tengok tu..!!” sambil Fara menunjukkan jarinya ke udara.
“apa dia??” Tanya Sal sambil mendekati fara yang sedang mendongak ke udara.
“itu bulan...!! Bulan terang hari ni..!” Jerit Fara.
“Jadi ..?” Soal Sal.
Bulan itu matamu...bintang itu dirimu.. tanpa kamu, tak berseri malamku...” Madah fara sambil cuba mengungkap kembali lirik lagu nyanyian Zack tadi.
“Salahlah fara... matamu adalah bulan, Senyummu adalah bintang,Tanpa keduanya, Pasti tak berseri malamku...baru betulJawab Sal.
“eh eh, tadi kata tak berapa dengar sangat, tapi sekarang siap boleh hafal lagi..?” Perli fara.
“emm ye kot.. dengarlah juga...sikit” jawab Sal malu. Memang Sal tak nafikan, bait-bait lagu Zack itu bermain-main dalam kepalanya.
“hmm, mungkin mamat tu suka baca novel cinta kot..tak pun dia suka tengok cerita cinta korea..” bisik Sal dalam hati.
Sal juga adalah penulis, dia minat menulis sejak dari kecil lagi. Harapannya agar dia dapat menjadi penulis skrip filem, itulah cita-citanya dari bangku sekolah.
Tatkala kedua gadis itu masih lagi dibawah bayangan bulan, malam menjadi semakin suram, mereka pun masuk ke bilik. 
Hari pertama melabuhkan tirainya.
Kau Bulan Bintangku



















Nota: Ikuti sambungannya dalam episod 2, terima kasih kerana membaca.

Karya Asal / Penulis : Shamz Johan
Penafian: Hak Cipta Terpelihara shamzjohan@2011. Sebarang ulang cetak dan terbitan tanpa keizinan dari penulis asal boleh didakwa di mahkamah.



Saturday, January 1, 2011

...and if i die

"If i die today,no one will remembered me,
No one will care, no one will talk about it,
no one will know, no one will heard,
no one will surprise, no one will ever say a word,

Its me who died anyway, Its my life who stop,
It is the thing anyone want to hear,
It is the thing no one will evenly think,
but me after suffercation, i'll stop

One day it will stop,
I will come back to Him,
solely and alone,
and that is the end"

Bile hati berkata...

Ianya akan kedengaran sinis.

Tapi itulah aku,yg penuh dgn kesinikalannya, peduli apa? ada aku kisah? bedalkan aja?
tak perlu kata-kata klise yg menyedapkan hati atau ayat-menjaga-hati org tu.

"Being truthful it truth but its hurts"

Damn.bosan.moody.unhappy.mati.tension.depressed.frustrated.feel unattached.sakit ati.

itulah kebykkan word yg disebut (or ditaip) sejak kebelakangan ini, i have passion but some of that always lead me to high-risk situation, where i have to make a important decisions, wise move and highly rated of occasion in my life.
(ah! aku peduli apa bahasa inggeris ke bahasa malaysia )
inilah simbolik pada hati manusia yg selalu tidak ada ketetapan di dalam dirinya, kadang2 kita pilih ini tp bila  ada pilihan, kita akan tukar tanpa was-was, why it is so important? try to read - the road not taken by shakespears. Ia menceritakan bagaimana seseorg yg berjaya dgn memilih jalan-jalan dalam hidupnya. dan bagaimana tentang jalan yg tidak dipilih, apakah yg akan terjadi jika dia memilih jalan itu. (dah cukup, ini bukan nak cerita ttg shakespears)

tp what happen to me lastly, make me thinking, what about my steps, my directions and my actions. it is the right path? it is the road that can lead me to something?

aku selalu (didalam hidup) byk mengambil risiko, sedangkan aku seorang yg malas dan suka wat kerja senang (peduli apa aku) tp last2 aku selalu terjebak dlm situasi yg getir dan kritikal sehingga mengkritikalkan diri sendiri (lihatlah koleksi penyakit saya). I once ask myself,what am i searching anymore? what have i become now and what about the future? (too much thinking make your hair turn white, its true)

skang ni aku pun taktahu nak watpe, dgn segala yg aku usahakan berada di jalan mati, tak aku jumpa u-turn ke, roundabout ke, simpang sana sini ke,kona sana, lorong sini even jalan-jalan ghetto pun aku tak nampak.

I'm dreaming of flying high, but when i started to climbed i always fell and now it makes me think, do i want to fly again? or a flying is suits me? or better im just stand of the ground and live it there.

aku selalu settlekan masalah org lain, kdg2 aku boleh nampak penyelesaian pada masalah org lain, begitu senang seperti membeli sayur di pasaraya. tetapi mencari penyelesaian pada masalah diri sendiri seperi mencari rambut di dalam tepung or seperti mencari perempuan di kalangan pondan.

NEW YEAR 2011

The new year have comes but later me in my seats watching fireworks from distance. In my place can see the flow from KLCC. Yes. its fun though, but this year will be about 7 years that i am not celebrated anything for new year.
Many of my friends went to town,to gathers among with all kind of races, standing to count the clock till 12 am, and scream "HAPPY NEW YEAR!!!" but for me, i'm still thinking, for what? what are we celebrate anyway? I'm not in idea to wishing new year for everyone while we know tomorrow is 1 hb (new year).
Maybe this event is not in my calendar, coz what i do is review what all the thing i did in the past year and planning what i have to do more in these upcoming year.
usually i started my new day with prayers, i pray for anything that i want to achieve and what i want to have. Normally i choose to start with appreciation to god, Alhamdulillah,my age is till counting, my chance to change myself is still running and ongoing.

May the best with me and you.

Champions of AFF SUZUKI CUP 2010

Malaysia kini terbukti no.1 di asia tenggara, dengan kemenangan menjulang piala AFF buat julung kalinya. Walaupun tewas 1-2 di jakarta tetapi Malaysia menang 4-2 secara aggregat. Satu persembahan yang amat menarik dan terbaik. Seluruh malaysia berkongsi kejayaan dan kegembiraan.
Tahniah Anak Harimau!!

Deretan pemain muda yg sgt bagus dan cemerlang. Disiplin tinggi dan semangat kerjasama membukyikan kita dapat mencapai apa sahaja kejayaan yg kita mahu.




http://www.facebook.com/profile.php?id=1041375090

Monday, December 27, 2010

BERAKHIRKAH...

Salam.
Bulan depan berakhirlah kontrak aku di tempat kerja ni, byk juga kenangan yg dicapai dan di gapai,
Pelbagai perubahan dari diri aku yg dapat aku buat.
Hm taktau lagi rezeki utk menyambung kontrak tu ada lagi ke tak...

Klo ada, Alhamdulillah, so skg ni aku kena start cari kerja balik mcm dulu2,
klo ada kawan2 yg tahu mana ada kerja kosong... bgtau la yer..

cHow!