Episod 1
Hari pertama
“Pendaftaran pelajar baru”
“Oh, dekat sini rupanya, puas aku mencari” rungut Sal.
Sal lalu menonong pergi ke barisan pelajar baru yang sedang mendaftar. Sal merupakan pelajar baru semester ini, Sal anak jati Pulau Pinang, baru sahaja sampai ke kota Kuala Lumpur semalam. Sal menumpang di rumah kakak saudaranya, Rini. Hari ini adalah hari pertama Sal di Kolej Sri Nilam.
“Selamat Datang Pelajar Baru ke Kolej Sri Nilam”
Ayat pada papan tanda besar di hadapan pintu kolej, Zack membacanya ketika melepasi pintu utama. Zack merupakan pelajar tahun akhir, hanya tinggal satu lagi semester sebelum dia menamatkan pengajiannya di kolej itu.
Sewaktu Zack melewati barisan pelajar baru yang sedang mendaftar itu, Zack terlihat seorang gadis yang kelihatan gopoh menarik beg bajunya yang kelihatan sarat. Ada 3 beg kesemuanya, Zack tanpa fikir apa-apa, terus sahaja membantu mengangkat sebuah beg kecil yang terjatuh dari tangan gadis itu. Dengan niat mahu membantu, Zack menghulurkan beg itu kepada gadis tadi.
“Ini begnya cik..”
“Terima kasih! ...tolong jangan buat baik, saya tahu niat awk, ok!” tiba-tiba Sal memarahi Zack.
“Jangan ingat saya tak tahu niat awk, saya bukan perempuan yang senang dipikat, okey!” tambah Sal lagi.
“Tapi saya cuma...” “Apa tapi-tapi??!...awk tak faham ke? Saya tak suka...!” marah Sal lagi sambil menjengil biji matanya kepada Zack.
Muka Zack merah padam, tak tahu mana nak diletakkan mukanya itu kerana semua orang sedang memandang ke arahnya. Zack terpinga-pinga kerana tidak tahu mengapa Sal memarahinya sedemikian, sedangkan niatnya adalah mahu menolong.
“Boleh awk pergi dari sini?!” bentak Sal yang kelihatan puas dapat mempertahankan dirinya.
Zack berlalu dengan perasaan keliru, dia tak faham mengapa Sal naik darah sedangkan dia tidak berniat apa-apa pun pada Sal.
Sal memang merupakan gadis yang tegas, dia takkan memberi peluang pada lelaki untuk memikatnya. Lagi-lagi bila teringatkan pesan ibunya di kampung, "Baik-baik Sal, jangan bergaul tak tentu hala" nasihat ibunya pada Sal sewaktu di stesen bas.
~~~~~~
Sal menolak rambut depannya sambil menarik beg baju dia kembali ke barisan untuk mendaftar.
“Wah hebat awk tadi...emm jarang saya dapat tengok aksi macam itu” tegur Fara kepada Sal.
“emm saya Fara...awak?”
“Saya Sal... selamat berkenalan” senyum Sal pada Fara.
“Kita tak boleh bagi muka pada lelaki kerana mereka ini sentiasa mahu mengambil kesempatan pada wanita, lagi-lagi kita pelajar baru, mulalah lelaki-lelaki senior ni nak mengambil peluang” Tambah Sal.
"Betul juga, di Kl ni, memang banyak lelaki miang" tambah Fara.
Setelah itu mereka terus mendaftar sebagai pelajar baru di Kolej itu. Setiap pelajar baru di berikan Kit Pendaftaran, Kad Pelajar, Pelan bangunan dan juga bermacam-macam borang pendaftaran yang perlu dihantar pada pihak pentadbiran nanti.
~~~~~~~~~~~
Selesai mendaftar, Sal dan Fara berjalan ke arah hostel yang diberikan untuk pelajar baru.
“Untung kita dapat sebilik, takdelah saya bosan nanti” kata Fara kepada Sal.
“oh, betul juga, hmm awak asal dari mana?” Tanya Sal.
“Saya memang orang KL, saya di besarkan di sini dari kecil, tapi mak saya suruh saya tinggal di hostel sebab mak mahu saya belajar berdikari” jelas Fara.
“oh, begitu ke? Hmm baguslah” balas Sal.
“BILIK 101”
“ini pun bilik kita, nasib baik ditingkat bawah, kalau tidak terpaksalah kita mengangkut beg-beg ini ke atas” kata Fara.
Bilik mereka terletak di blok B, Blok dua tingkat itu hanya ada lapan bilik sahaja, empat di bawah, empat di atas. Hostel di kolej Sri Nilam hanya diberikan kepada pelajar semester satu dan dua sahaja.
“Wah letihnya, hmm bagus juga bilik ini, ada katil, meja tulis, almari dan juga tandas sendiri” Kata fara.
“Tak payahlah kita nak beratur pagi-pagi untuk mandi macam di asrama haha” gelak Sal.
“Malam ini kita ada Majlis makan malam bersama MPP kan?” Tanya Fara kepada Sal yang sedang mengemas baju-bajunya.
“MPP tu apa?”Tanya Sal pula.
“Majlis Perwakilan Pelajar, mereka itu yang akan membantu kita untuk menyesuaikan diri di kolej ini, kita juga aka nada induksi sehari bersama mereka nanti.” Terang Fara.
“oh, ok” jawab Sal.
"baiklah nanti kita kena cari dimana dewan utama, kerana Majlis di adakan di situ" Terang Fara.
Mereka berdua lantas mengemas pakaian mereka, agak berhabuk sedikit kerana hampir sebulan kosong kerana cuti semester.
~~~~~~
Malam itu di dewan Utama Kolej Sri Nilam.
“Selamat datang kepada pelajar baru, saya Amir, Pengerusi MPP mengalu-alukan kedatangan kamu semua. Malam ini kita mengadakan majlis makan malam dengan bertujuan untuk mengeratkan sillaturrahim di antara pelajar senior dan juga pelajar baru” Ucap Amir.
“hmm ramai juga pelajar baru mendaftar kat Kolej ni kan?” Tanya Sal kepada Farah.
“ramai? Baru 80 orang je la,” Jawab Fara.
“80 orang? Kenapa sikit sangat?” Tanya Sal lagi.
“80 orang, iaitu 40 di kelas 1PS dan 40 lagi di kelas 1PP, kita berdua di kelas 1 PS..” Terang fara.
“1PS tu apa?”Tanya Sal.
“PS tu ialah kelas Penulisan Seni, PP tu pula, Pengurusan Produksi” jawab fara.
“oohh, emm, macamana awk tau sy amik jurusan Penulisan Seni?” soal Sal
“tadi sy terbaca kad pelajar awk..hehe” jawab fara.
Perbualan mereka terhenti kerana Sal terpandang seseorang yang naik ke pentas utama.
“eh siapa dia ini? Dia nak buat apa tu?” Tanya Sal.
“ini persembahan pembukaanlah, itulah korg asyik berborak je dari tadi” tegur Shen yang duduk bersebelahan Sal.
“Persembahan? Hmm nanti sekejap...’mamat’ ni ke yang akan buat persembahan?” Tanya Sal.
“ye cik Salmiah, takkan dia nak baiki pentas tu pula..”Sindir Shen.
“Tapi inikan budak yang...siang tadi tu..?” kata sal sambil memandang Fara.
“ye betul, saya pun ‘cam’ juga, dialah mamat yang kena marah dengan awak siang tadi” balas fara.
Zack memegang gitarnya, dia meletakkan badan gitar pada pehanya dan mula melaraskan mikrofon. Setelah itu dia menepuk mikrofon itu untuk memastikan ianya sudah berfungsi. Sambil Zack memandang ke tepi pentas untuk menunggu isyarat dari Din, kawan baiknya yang ditugaskan menjaga sistem audio malam itu. Zack terpandang seorang wanita yang sedang tunduk dan cuba berlindung di sebalik rakannya.
“emm emm...testing” kata Zack sebelum mula untuk memetik gitarnya. Semua mata tertumpu padanya yang sedang berada di atas pentas.
“relaks Zack, kau dah berlatih dari semalam, relaks” bisik hati Zack cuba untuk mengurangkan gemuruh. Sememangnya Zack mempunyai darah gemuruh tapi dia cuba juga untuk kelihatan tenang di sebalik beribu getaran gementar di dalam hatinya ketika itu.
“selamat datang kepada semua pelajar baru, saya ucapkan...saya akan mempersembahkan sebuah lagu yang ditulis oleh saya sendiri dan ingin saya katakan di sini, sebelum kita mengenali seseorang itu, nilailah dulu hati budinya kerana ianya akan membuat perkenalan itu menjadi lebih bermakna” ucap Zack. Puas hatinya kerana kata-kata itu bukan sahaja di tujukan pada audiens tetapi pada Sal kerana salah faham Sal siang tadi.
Sal mencebik mulutnya tanda protes dan tidak bersetuju dengan kata-kata Zack tadi kerana dia tahu Zack menujukan kata-kata itu kepada siapa, mahu sahaja rasanya dia keluar dari dewan itu sekarang, seolah-olah menyampah melihat muka Zack.
Kemudian, Zack memulakan persembahannya, sambil gitar dipetik, jari-jemarinya menekan tali gitar satu persatu sambil irama syahdu mula kedengaran, sambil menghela nafas, Zack memandang Sal dari jauh dicelah kemalapan lampu dewan, ketika itu, Dia mula menyanyi...
“Kau,....
Senyumlah padaku,
Jangan pernah berhenti....
Biar aku tinggal... sebentar...
Dalam hatimu....”
“dan
Hanyalah dirimu...
Yang Selalu ada...
siang dan malamku....sentiasa
dalam hatiku”
“matamu adalah bulan,
Senyummu adalah bintang,
Tanpa keduanya,
Pasti tak berseri,
malamku...”
Selesai sahaja persembahan Zack, semua pelajar memberi tepukan gemuruh, bagi pelajar lama, mereka memang tahu Zack mmg seorang penggubah lagu.
“hei, Sal , tepuklah... sedapkan lagu tu..!” Jerit fara yang teruja dengan persembahan Zack tadi.
“hmm ok, biasa je, takdelah sedap sgt... jiwangnya” Sal merengus.
Setelah selesai Majlis makan malam, Sal dan Fara berjalan balik ke bilik sambil itu mereka berbual-bual kosong.
“Sal, apa pendapat kau tentang lagu Zack tadi tu?” soal fara.
“emm? Biasa je, aku tak dengar sangatlah” jawab Sal dingin.
“aku suka liriknya, walaupun baru sekali dengar tapi aku macam dah boleh ingat lagu itu” kata Fara sambil tersenyum lebar.
Tiba-tiba Fara berlari ke kawasan lapang dilaman blok mereka.
“Sal..!! tengok ni!” Jerit Fara.
“apa?!” balas Sal dari jauh sambil memandang Fara yang berlari-lari anak di kawasan lapang itu.
“Tengok tu..!!” sambil Fara menunjukkan jarinya ke udara.
“apa dia??” Tanya Sal sambil mendekati fara yang sedang mendongak ke udara.
“itu bulan...!! Bulan terang hari ni..!” Jerit Fara.
“Jadi ..?” Soal Sal.
“Bulan itu matamu...bintang itu dirimu.. tanpa kamu, tak berseri malamku...” Madah fara sambil cuba mengungkap kembali lirik lagu nyanyian Zack tadi.
“Salahlah fara... matamu adalah bulan, Senyummu adalah bintang,Tanpa keduanya, Pasti tak berseri malamku...baru betul” Jawab Sal.
“eh eh, tadi kata tak berapa dengar sangat, tapi sekarang siap boleh hafal lagi..?” Perli fara.
“emm ye kot.. dengarlah juga...sikit” jawab Sal malu. Memang Sal tak nafikan, bait-bait lagu Zack itu bermain-main dalam kepalanya.
“hmm, mungkin mamat tu suka baca novel cinta kot..tak pun dia suka tengok cerita cinta korea..” bisik Sal dalam hati.
Sal juga adalah penulis, dia minat menulis sejak dari kecil lagi. Harapannya agar dia dapat menjadi penulis skrip filem, itulah cita-citanya dari bangku sekolah.
Tatkala kedua gadis itu masih lagi dibawah bayangan bulan, malam menjadi semakin suram, mereka pun masuk ke bilik.
Hari pertama melabuhkan tirainya.
Kau Bulan Bintangku |